Kerajaan baharu mesti teruskan reformasi penjagaan kesihatan, kata MMA

Kerajaan baharu mesti teruskan reformasi penjagaan kesihatan, kata MMA

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Koh Kar Chai berkata pandemik Covid-19 telah meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan rakyat.

Presiden MMA Dr Koh Kar Chai memuji tindakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana memulakan kertas putih kesihatan.
PETALING JAYA:
Mana-mana parti yang akan membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-15 mesti meneruskan agenda reformasi penjagaan kesihatan, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presidennya, Dr Koh Kar Chai memuji Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana memulakan inisiatif kertas putih kesihatan, dengan berkata ahli politik sering takut menyeru reformasi dalam penjagaan kesihatan.

Memetik kegagalan cubaan sebelum ini dalam memperbaharui sistem penjagaan kesihatan awam, Koh berkata kertas putih itu memerlukan sokongan bipartisan supaya ia boleh dibentangkan di Parlimen akan datang.

“Kita sudah lakukan dengan agak baik beberapa tahun ini dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang agak rendah, dimana ia luar biasa, tetapi terdapat kekurangan yang ketara dapat dilihat semasa pandemik Covid-19.

“Seruan untuk reformasi penjagaan kesihatan mesti diteruskan oleh kerajaan yang seterusnya yang dipilih untuk mengelakkan kegagalan seperti dilihat dalam percubaan sebelum ini untuk reformasi sistem kesihatan negara.

“Untuk berpuas hati walaupun selepas kertas putih dibentangkan akan menyaksikan kegagalan dalam usaha untuk melakukan pembaharuan,” katanya dalam kenyataan.

Koh berkata pandemik Covid-19 meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan rakyat selain membantu meningkatkan sokongan masyarakat untuk mereformasi sistem penjagaan kesihatan.

Kementerian Kesihatan membentuk 13 ahli majlis penasihat kertas putih kesihatan untuk menyumbang idea, cadangan dan nasihat kepada kementerian itu dalam proses membangunkan kertas putih itu.

Majlis itu dipengerusikan bersama oleh bekas menteri kesihatan Dr S Subramaniam dan bekas ketua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ketua Khazanah Nasional Shahril Ridza Ridzuan.

Ia juga terdiri daripada individu yang mewakili mereka yang mempunyai pengalaman kesihatan, ekonomi, akademik dan sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.