
ADUN Senaling, Adnan Abu Hassan berkata, laporan dibuat bagi mendapatkan kebenaran menyiasat mengenai aduan tersebut.
“Tular kain rentang digantung di pagar SMK Senaling yang meminta supaya pengetua dan guru kanan pentadbiran dipindahkan.
“Pihak saya telah menghubungi pengarah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenai perkara ini dan PPD telah turun ke SMK Senaling dan membuat siasatan mengenai protes tersebut,” katanya di Facebook.
Jelas Adnan, makluman awal mengatakan majoriti guru tidak bersetuju dengan kenyataan dituliskan pada kain rentang tersebut, namun beliau menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
“Pejabat ADUN Senaling akan memantau isu ini bagi memastikan isu sebenar dapat diselesaikan dalam keadaan yang baik,” katanya.
Sejak semalam, tular gambar kain rentang berkenaan yang mendakwa luahan dan rasa tidak puas hati guru di sekolah itu terhadap pengetua dan guru kanan.
Antara yang ditulis adalah guru sekolah memohon Kementerian Pelajaran (KPM) dan Jabatan Pendidik Negeri (JPN) supaya memindahkan kedua-dua guru terbabit dengan kadar segera.
Ia bertujuan mengelak guru daripada tertekan dan sakit hati akibat tindakan kedua-dua pihak pentadbir sekolah yang menindas serta mengugut guru.