Cabul pelajar lelaki dalam tandas, tukang cuci mengaku tak salah

Cabul pelajar lelaki dalam tandas, tukang cuci mengaku tak salah

Mohd Shahronizam Zolkefli membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Noriah Osman.

Tertuduh Mohd Shahronizam Zolkefli mengaku tidak bersalah mencabul seorang pelajar lelaki dalam tandas sebuah masjid di Kuala Terengganu, 20 Ogos lalu.(Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang tukang cuci mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan mencabul seorang pelajar lelaki dalam tandas sebuah masjid pada 20 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohd Shahronizam Zolkefli, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Noriah Osman.

Mengikut pertuduhan, Shahronizam didakwa mencabul seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dalam tandas sebuah masjid di Kuala Terengganu, lapor Sinar Harian.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Dia boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 oleh seorang penjamin dan menetapkan 28 September depan bagi tarikh sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.