Beberapa jalan di ibu negara ditutup, beri laluan raptai sambutan Hari Kebangsaan

Beberapa jalan di ibu negara ditutup, beri laluan raptai sambutan Hari Kebangsaan

Jalan ditutup bermula pukul 6.30 pagi ini hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada sesi raptai acara sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Jalan ditutup membabitkan Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Leboh Pasar dan Jalan Sultan Hishamuddin menuju ke Dataran Merdeka, menurut polis. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Beberapa jalan di ibu negara akan ditutup bermula pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada sesi raptai acara sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh berkata Jalan Raja akan ditutup mulai pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Pada 26 hingga 29 Ogos pula bermula 6.30 pagi hingga 12 tengah hari, jalan ditutup membabitkan Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Leboh Pasar dan Jalan Sultan Hishamuddin menuju ke Dataran Merdeka,” katanya.

Pada 27 hingga 29 Ogos, raptai penuh akan diadakan dan semua laluan menghala ke Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka, Jalan Damansara dari arah Lebuhraya Seremban, susur ke Jalan Travers dan Jalan Damansara dari arah Parlimen menghala ke Bangsar akan ditutup.

Selain itu, sebanyak 18 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari pada 31 Ogos ini bagi memberi laluan kepada sambutan tersebut.

Jalan yang terlibat ialah Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Damansara (arah ke Bangsar), Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu (arah Selayang), Jalan Kinabalu (arah Cheras), Jalan Kinabalu (Bulatan Dato Onn), Jalan Kuching, Bulatan Dato Onn (dari Jalan Parlimen), Bulatan Dato Onn (dari Jalan Sultan Salahuddin), Jalan Tun H. S. Lee, Jalan Gereja, Jalan Hang Kasturi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Bunus 6.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.