
Di Instagram, Tengku Hassanal berkongsi artikel The Vibes berhubung isu tersebut sambil memberitahu bahawa baginda baru sahaja mengetahui perkara itu.
“Saya telah minta polis untuk tidak ganggu (aktivis itu). Tolong jangan reka drama,” katanya.
The Vibes melaporkan bahawa pada 18 Julai, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang Noor Jehan Abu Bakar mendakwa di Twitter bahawa Tengku Hassanal dan pegawai berpangkat tinggi lain lewat dua jam untuk Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan, sebuah acara menanam pokok di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu.
Ciapannya mendapat reaksi balas dengan beberapa pihak menuduhnya cuba mencemarkan nama baik Tengku Hassanal dan penganjur acara tersebut, Tenaga Nasional Bhd dan Majlis Bandaraya Kuantan.
Memohon maaf atas kelewatannya hadir di acara tersebut, Tengku Hassanal berkata, baginda tidak sihat pagi itu kerana “baru pulih daripada demam”, yang dijelaskannya bukan kerana Covid-19.