
Hakim Ahmad Bache berkata, ini bukan kes yang sesuai dan wajar untuk membatalkan saman dibawa oleh bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) N Sundra Rajoo.
“Ini bukan kes yang mudah. Ia adalah kes yang dipertikaikan dan terdapat banyak isu undang-undang dan fakta untuk dibicarakan,” kata hakim dalam keputusannya yang disampaikan secara dalam talian.
Ahmad turut memerintahkan Thomas dan defendan lain membayar kos RM10,000 kepada Sundra.
Beliau juga mengarahkan defendan memfailkan pembelaan mereka dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.
Pengurusan kes akan diadakan pada 27 Sept.
Sundra memfailkan tuntutan pada Oktober lalu berhubung pemenjaraan palsu, pelanggaran hak perlembagaan dan konspirasi untuk mencederakan melalui cara yang menyalahi undang-undang.
Turut dinamakan sebagai plaintif ialah bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Shukri Abdull, beberapa pegawai SPRM dan timbalan pendakwa raya.
Dalam permohonannya untuk membatalkan saman itu November lalu, Thomas berkata, beliau telah mempertimbangkan semua bukti terhadap Sundra sebelum menuntut pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) terhadapnya pada 2019.
Katanya, dia telah menggunakan fikirannya “secara jujur dan mengikut kemampuan saya” dan menegaskan bahawa bekas timbalan pendakwa rayanya mempunyai kes yang kukuh untuk mensabitkan Sundra.
Thomas, yang juga peguam sebelum dilantik menjadi peguam negara pada 2018 berkata, bagi Sundra, untuk menuntut kekebalan daripada pendakwaan akan meletakkan sepenuhnya pada tahap melebihi 32 juta rakyat.
Ahmad juga membenarkan permohonan Sundra untuk menghapuskan dua perenggan dalam afidavit Thomas untuk membatalkan saman itu kerana ia “memalukan, tidak relevan atau sebaliknya menindas”.
Hakim memerintahkan Thomas membayar kos RM2,000 lagi kepada Sundra.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar, A Surendra Ananth, Khoo Suk Chyi, TJ Lee dan Cheok Wei Chin mewakili Sundra.
Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A Dadi dan Peguam Persekutuan Ashraf Abd Hamid dan Muhairi Mohamed Noh hadir untuk defendan.