103 pelajar terselamat, asrama terbakar

103 pelajar terselamat, asrama terbakar

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.30 pagi apabila bilik suis tingkat satu dan dua serta katil dan tilam simpanan di asrama terbabit hangus terbakar.

Bilik suis tingkat satu dan dua serta katil dan tilam simpanan di asrama terbabit dilaporkan hangus terbakar. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Seramai 103 pelajar dan warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod, Kinabatangan terselamat dalam kebakaran membabitkan asrama lelaki sekolah itu, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila bilik suis tingkat satu dan dua serta katil dan tilam simpanan di asrama terbabit hangus terbakar.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamaluddin, mereka menerima panggilan kecemasan pada 11.35 pagi lalu sebelum tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sejauh 50 kilometer itu.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Operasi pemadaman ditamatkan pada 3.16 petang,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, kejadian berlaku ketika pelajar terbabit berada di asrama dan mereka segera melarikan diri ke tempat selamat sejurus kebakaran sebelum ditempatkan di surau sekolah terbabit.

Difahamkan, barangan pelajar tidak terjejas namun asrama belum dapat digunakan kerana faktor keselamatan dan tiada bekalan elektrik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.