
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata mayat wanita warga emas berusia 82 tahun dan anak lelakinya berusia 58 tahun ditemui dalam tandas di rumah berkenaan.
Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur sebelum itu menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS NG 999 pada 7.18 pagi memaklumkan kejadian kebakaran sebuah rumah.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Gombak Selatan kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran itu membabitkan sebuah rumah berkeluasan 20 x 20 kaki persegi.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan enam aliran hos daripada pam jentera bagi memadam kebakaran dan mengawal api daripada merebak ke kawasan sekitar.
“Dalam kejadian itu, dua mangsa iaitu masing-masing seorang lelaki dewasa dan wanita warga emas ditemui dalam tandas dan disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.
Menurutnya, api berjaya dikawal sepenuhnya apda 7.15 pagi dengan anggaran kemusnahan 40%.
“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada8.27 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan Unit Siasatan Kebakaran,” katanya.