Kereta dan treler berlanggar, 4 sekeluarga maut

Kereta dan treler berlanggar, 4 sekeluarga maut

Mangsa yang maut adalah suami isteri berusia 30 dan 28 tahun serta dua anak mereka berusia empat dan satu tahun.

PETALING JAYA:
Empat beranak maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler, berhampiran Simpang Roban, di Seratok, Sarawak pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri berusia 30 dan 28 tahun serta dua anak mereka yang berusia empat dan satu tahun.

Bomba Sarawak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.53 pagi.

“Empat orang yang berada dalam kereta jenis Honda City tersepit dan semua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata jurucakap, menurut Berita Harian.

“Manakala pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.”

Mayat berjaya dikeluarkan dan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Identiti semua mangsa yang meninggal dunia serta laporan punca kejadian masih belum diperoleh, ketika laporan ditulis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.