
Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.18 tengah hari daripada orang awam yang memaklumkan ternampak satu mayat di sungai berkenaan.
“Anggota polis yang tiba ke lokasi kejadian telah mengeluarkan mayat wanita berumur lingkungan 60-an tersebut dari sungai itu dan membawanya ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Ahmad Shukri berkata, identiti wanita itu telah dikenal pasti dan dia menetap di Shahab Permanent, selain mempunyai rekod rawatan mental di Hospital Lama Alor Setar.
Beliau berkata, setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun sebarang tindakan lanjut akan bergantung kepada keputusan hasil bedah siasat.