10 penumpang cedera bas ekspres terbalik

10 penumpang cedera bas ekspres terbalik

Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, bas dipandu lelaki berusia 27 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jelawat hilang kawalan di selekoh lalu terbalik.

Keadaan bas ekspres selepas terbalik di Jalan Gunong-Jelawat, Bachok, Kelantan, pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seramai 10 penumpang cedera selepas bas ekspres yang dinaiki hilang kawalan lalu terbalik di Jalan Gunong-Jelawat, Bachok, Kelantan, pagi tadi.

Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kejadian berlaku 5.30 pagi namun kesemua penumpang hanya cedera ringan.

Beliau berkata, ketika kejadian, bas terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Jelawat.

“Sebaik tiba di selekoh Kampung Bator, bas yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di bahu jalan.

“Terdapat 10 penumpang yang berada dalam bas terbabit dan kesemua mereka hanya cedera ringan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, usaha mengalih dan mengangkat bas sudah dilakukan oleh syarikat bas berkenaan pada 11 pagi tadi dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.