Cuepacs tak terima laporan penjawat awam tak vaksin dikenakan tindakan

Cuepacs tak terima laporan penjawat awam tak vaksin dikenakan tindakan

Cuepacs berkata, dianggarkan hanya 1.8% daripada 1.62 juta penjawat awam di seluruh negara belum mengambil vaksin Covid-19.

Cuepacs berkata, 1.82% penjawat awam disahkan doktor tidak boleh mengambil vaksin akibat penyakit atau alahan.
PETALING JAYA:
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menerima sebarang laporan berhubung penjawat awam dikenakan tindakan seperti dibuang, digantung atau ditukarkan tempat kerja kerana belum atau enggan mendapatkan vaksin Covid-19.

Presidennya, Adnan Mat berkata, dianggarkan hanya 1.82% daripada 1.62 juta penjawat awam di seluruh negara belum divaksin selepas disahkan doktor tidak boleh mengambil vaksin akibat penyakit atau alahan.

“Mereka ini mempunyai perakuan sebagaimana pekeliling perkhidmatan yang mengecualikan mereka untuk menerima vaksin kerana mempunyai penyakit, alahan dan sebagainya dengan pengesahan doktor,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Setakat ini, beliau berkata, pihaknya juga tidak menerima laporan kewujudan kumpulan antivaksin dari kalangan penjawat awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.