Pemain bola sepak didakwa rogol remaja bebas dengan jaminan polis

Pemain bola sepak didakwa rogol remaja bebas dengan jaminan polis

Ia susulan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 28 tahun itu berakhir hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata, pemain bola sepak berusia 28 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis susulan tempoh tahanan reman terhadapnya tamat hari ini.
KOTA BHARU:
Pemain bola sepak sebuah pasukan liga tempatan yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata, ini susulan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 28 tahun itu berakhir hari ini.

“Polis dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan, insya-Allah akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya (DPP) dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pemain tersebut ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, selepas mangsa membuat laporan polis, Ahad lalu.

Pemain itu kemudian direman empat hari bermula Isnin hingga semalam sebelum direman sehari lagi dan berakhir hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.