TPR SPRM disiasat kes dadah bebas dengan jaminan polis

TPR SPRM disiasat kes dadah bebas dengan jaminan polis

Ketua Polis Putrajaya Aidi Sham Mohamed berkata kertas siasatan sudah dirujuk kepada pihak pendakwa raya semalam dan pihaknya masih menunggu arahan lanjut.

Ketua Polis Putrajaya Aidi Sham Mohamed berkata suspek akan dibebaskan selepas tempoh perintah reman tiga hari terhadapnya tamat hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang timbalan pendakwa raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes dadah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Putrajaya Aidi Sham Mohamed yang dihubungi berkata, suspek akan dibebaskan selepas tempoh perintah reman tiga hari terhadapnya tamat hari ini, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, polis juga sudah merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya semalam dan masih menunggu arahan selanjutnya.

Media semalam melaporkan seorang TPR yang baru seminggu bertugas di SPRM ditahan dipercayai terbabit kes dadah.

SPRM dilaporkan berkata, pegawai itu ditahan di rumahnya dan hasil pemeriksaan menemui bahan terlarang disyaki dadah.

Dia kemudiannya direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.