Kes rasuah urus jenazah: 2 pembantu kesihatan direman 5 hari

Kes rasuah urus jenazah: 2 pembantu kesihatan direman 5 hari

Kedua-dua lelaki itu direman sehingga 31 Mei ini.

Kedua-dua lelaki yang berusia 40 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan menerima rasuah.
SHAH ALAM:
Dua pembantu kesihatan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pengurusan jenazah berjumlah RM15,000.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan kedua-dua individu itu sehingga 31 Mei ini.

Kedua-dua lelaki yang berusia 40 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan menerima rasuah.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.