5 pelajar rentung: Pemandu treler dijangka didakwa Selasa

5 pelajar rentung: Pemandu treler dijangka didakwa Selasa

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan yang membabitkan pemandu treler berusia 28 tahun itu.

Keadaan kereta yang dinaiki lima mangsa rentung dalam nahas dekat Terowong Menora tengah malam tadi. (Gambar Twitter)
IPOH:
Kertas siasatan terhadap pemandu treler yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemalangan sehingga mengorbankan lima nyawa di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Rabu lepas, akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan yang membabitkan pemandu treler berusia 28 tahun itu.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada pagi Selasa dan jika tiada apa-apa masalah, kita akan buat pertuduhan di mahkamah pada sebelah petang,” katanya.

Beliau berkata polis juga akan memohon lanjutan tempoh reman ke atas lelaki berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media sebelum ini melaporkan pemandu treler yang ditahan reman selama empat hari itu didapati mempunyai 22 saman trafik, dan daripada jumlah itu 21 saman telah dibayar, termasuk lapan saman berkaitan kesalahan memandu dengan laju.

Lima maut akibat rentung dalam kemalangan itu merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang juga rakan serumah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.