
Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya sedang menyiapkan nama dan gambar semua baki tahanan itu untuk edaran menerusi media massa dalam masa terdekat.
“Identiti mereka ini akan dikeluarkan supaya apabila ada tangkapan, boleh tahu mereka ini pernah lari dari depot imigresen berkenaan.
“Kalau tidak keluarkan identiti mereka mungkin penguat kuasa yang lain tidak tahu sebab nama mungkin mereka boleh tukar-tukar tetapi apabila ada gambar, ada tangkapan di Kuala Lumpur, Selangor atau negeri lain kita boleh tahu mereka tahanan yang dicari,” katanya mengenai perkembangan kes tahanan Rohingya melarikan diri itu.
Wan Hassan mengadakan lawatan kerja ke Markas Taktikal (MARTAK) Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam bagi menyampaikan sumbangan raya kepada petugas PGA yang bertugas di sempadan.