
Pada 27 Feb, pemandu itu hilang kawalan di Lebuhraya Sultan Iskandar dan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan, sekali gus menyebabkan kenderaannya bertembung kereta dinaiki empat sekeluarga berkenaan.
Mangsa maut adalah P Milan Damani, 32, C Tinisha, 31, dan anak mereka, Ishaan Ivan, 3, dan Rihaan Ivan, 4.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh, ketika mengesahkan kepada FMT, berkata suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, pagi esok.
“Ya, dia akan dituduh pagi esok,” katanya ringkas kepada FMT.
Awal bulan ini polis dilaporkan sudah melengkapkan siasatan berhubung kemalangan itu.
Menurut Sarifudin, polis tidak menahan pemandu itu selepas mengambil kira kecederaan tulang belakang dialaminya, selain dia memakai pendakap belakang.