MyCC tubuh pasukan khas siasat industri ayam, telur

MyCC tubuh pasukan khas siasat industri ayam, telur

Penubuhan pasukan itu selaras arahan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menjemput mana-mana perusahaan lain, pihak berkepentingan yang relevan serta orang awam untuk turut membantu MyCC dalam penyiasatan ini.
PETALING JAYA:
Satu pasukan khas bagi menyiasat isu berkaitan industri ayam dan telur ditubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Penubuhan pasukan itu selaras arahan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

MyCC berkata, penyiasatan dalam isu itu sedang berjalan lancar sejak semalam termasuk menjalankan aktiviti serbuan dan pengambilan kenyataan perusahaan dan individu berkaitan.

“MyCC turut mendapat sokongan dan kerjasama padu dalam aktiviti penyiasatannya, termasuk daripada pihak tertentu yang sedang mempertimbangkan untuk memohon kelonggaran bawah Seksyen 41, Akta Persaingan 2010, untuk membantu MyCC menyiasat perkara ini.

“Seterusnya, MyCC menjemput mana-mana perusahaan lain, pihak berkepentingan yang relevan serta orang awam untuk turut membantu MyCC dalam penyiasatan ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pihak yang berminat digesa menghubungi MyCC melalui talian di 03-22732277 (IED) atau e-mel kepada [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.