Petugas kesihatan jadi kontak rapat tak perlu kuarantin, kata KJ

Petugas kesihatan jadi kontak rapat tak perlu kuarantin, kata KJ

Menteri Kesihatan berkata, protokol baharu isolasi bagi kontak rapat pesakit Covid-19 akan dikeluarkan minggu depan.

Petugas kesihatan yang menjadi kontak rapat tanpa gejala hanya perlu menjalani ujian saringan pada hari tertentu.
PUTRAJAYA:
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan petugas kesihatan yang merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 tanpa gejala tidak perlu menjalani kuarantin.

Katanya, mereka hanya perlu menjalani ujian saringan pada hari tertentu.

Beliau berkata, pekeliling mengenainya telah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada 15 Feb lalu.

“Perkembangan ini akan turut dimaklumkan kepada pekerja kesihatan di sektor swasta,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, protokol baharu isolasi bagi kontak rapat pesakit Covid-19 akan dikeluarkan minggu depan.

Di bawah protokol semasa, kontak rapat yang telah divaksin sepenuhnya dan menerima dos penggalak perlu menjalani kuarantin selama lima hari.

Kontak rapat yang divaksin sepenuhnya, tetapi belum mendapat dos penggalak perlu dikuarantin tujuh hari, manakala yang tidak divaksin atau belum divaksin sepenuhnya perlu menjalani kuarantin selama 10 hari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.