Op Selamat 17: Lebih 2,800 kes kemalangan di Selangor

Op Selamat 17: Lebih 2,800 kes kemalangan di Selangor

Jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 1,374 berbanding 4,184 kes kemalangan yang direkodkan pada Ops Selamat 16 Tahun Baharu Cina sebelum ini.

Sebanyak 21 kes kemalangan maut direkodkan dalam Op Selamat kali ini dengan 19 daripadanya melibatkan penunggang motosikal, menurut Arjunaidi Mohamed.
SHAH ALAM:
Sebanyak 2,810 kes kemalangan jalan raya direkodkan oleh polis Kontinjen Selangor sempena Op Selamat 17 yang dilaksanakan semasa sambutan Tahun Baharu Cina 2022 dari 28 Jan lepas hingga semalam.

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 1,374 kes (-32.8%) berbanding 4,184 kes kemalangan yang direkodkan dalam Ops Selamat 16 Tahun Baharu Cina sebelum ini.

Beliau berkata, daripada 2,810 kes kemalangan yang direkodkan, 1,629 daripadanya berlaku di jalan bandaran; 404 kes di lebuh raya; 362 kes di jalan negeri; 219 kes di jalan persekutuan dan selebihnya berlaku di lain-lain jalan.

Dalam kenyataan di sini malam ini beliau berkata, 21 kes kemalangan maut direkodkan dalam Op Selamat kali ini dengan 19 daripadanya melibatkan penunggang motosikal.

Arjunaidi berkata, pihaknya juga mengeluarkan 34,329 saman melibatkan enam jenis kesalahan, iaitu melebihi had laju (33,252 saman); tidak patuh lampu isyarat (713); menggunakan alat komunikasi semasa memandu (304); memotong barisan (45) memotong garisan berkembar (lapan) dan memandu di lorong kecemasan (tujuh).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.