
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib berkata, laporan diterima pagi tadi dan kes tersebut masih dalam siasatan awal.
“Ya ada terima laporan pagi ini, kes masih dalam tindakan awal,” katanya ketika dihubungi FMT.
Semalam, Baharudin dalam kenyataan berkata, kejadian dipercayai berlaku berdekatan pangsapuri di Jalan Setia Gemilang U13/45B dan berdasarkan rakaman tular itu, lelaki yang memandu Proton Perdana dilihat menghalang laluan kereta pemandu lain.
Terdahulu, rakaman memaparkan pemandu kereta memotong barisan berhampiran persimpangan lampu isyarat tular di Twitter.
Difahamkan pemandu berkenaan tidak berpuas hati apabila cubaannya untuk memotong tidak berjaya seterusnya mengejar kereta mangsa.