
Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan bayaran dikenakan dalam pengambilan pembantu rumah asing di negara ini antara yang tertinggi di dunia.
Pemilik sebuah agensi pekerjaan yang berpangkalan di Pulau Pinang mendakwa kos pengambilan pembantu rumah adalah kira-kira RM20,000 dan boleh meningkat sekiranya termasuk kos kuarantin kira-kira RM3,000.
Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata, bayaran dikenakan kerajaan untuk pembantu rumah asing kali pertama adalah serendah RM1,136.
Katanya, ini termasuk kadar bayaran levi, visa mengikut negara, fi proses, bayaran pas, wang jaminan dan beberapa bayaran lain berkaitan.
Ia juga menjelaskan bahawa negara sumber yang dibenarkan bagi sektor berkenaan tidak terhad kepada beberapa negara sahaja.
“Setiap pengambilan perlulah mematuhi syarat kelayakan digariskan seperti umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh FOMEMA apabila tiba di negara ini,” katanya.
Katanya, seramai 88,173 pembantu rumah asing di negara ini memegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) setakat akhir tahun lepas.
Gaji pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan manakala gaji pembantu rumah warga Filipina bermula RM1,670 sebulan.