
“Saya baru saja dimaklumkan ‘angka pekerjaan’ negara kita dihasilkan oleh seorang lantikan Biden, Erika McEntarfer, pesuruhjaya statistik buruh yang memalsukan angka pekerjaan sebelum pilihan raya bagi meningkatkan peluang kemenangan Kamala (Harris),” kata Trump dalam hantaran di Truth Social tanpa mengemukakan bukti.
“Kita perlukan angka pekerjaan tepat. Saya telah mengarahkan pasukan saya memecat lantikan politik Biden ini, serta-merta…angka penting seperti ini mesti adil dan tepat, ia tidak boleh dimanipulasi untuk tujuan politik.”
Pengumuman Trump itu dibuat hanya beberapa jam selepas BLS mengeluarkan laporan pekerjaan bagi Julai, yang menunjukkan hanya 73,000 pekerjaan bukan perladangan ditambah – jauh lebih rendah daripada jangkaan – serta semakan penurunan lebih 250,000 pekerjaan bagi Mei dan Jun lalu secara keseluruhan.
Pada Julai 2023, Presiden AS ketika itu, Joe Biden memilih McEntarfer untuk memegang jawatan berkenaan dan Senat mengesahkan pelantikannya pada Januari 2024 dengan sokongan dwipartisan yang kukuh.