Majlis Peguam tawar bantuan guaman kepada mangsa banjir

Majlis Peguam tawar bantuan guaman kepada mangsa banjir

Bantuan itu akan diselaraskan melalui Jawatankuasa Bantuan Guaman Kebangsaan dengan bantuan mahkamah.

Majlis Peguam memaklumkan program bantuan guaman itu diadakan setiap Isnin hingga khamis dari 2 hingga 4.30 petang, bermula semalam hingga 10 Jan depan di beberapa lokasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.
PETALING JAYA:
Majlis Peguam akan memberi bantuan guaman kepada orang awam yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

“Majlis Peguam Malaysia melalui Jawatankuasa Bantuan Guaman Kebangsaan dengan bantuan mahkamah akan memberikan bantuan guaman bencana kepada orang awam di Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor.

“Program ini bermula 27 Dis 2021 hingga 10 Jan 2022 pada setiap Isnin hingga khamis dari 2 hingga 4.30 petang,” kata Majlis Peguam dalam makluman kepada orang ramai.

Mangsa banjir yang memerlukan nasihat dan bantuan guaman boleh ke pusat bantuan yang akan dibuka di Kuala Lumpur; Shah Alam, Kuala Selangor, Kajang dan Klang di Selangor serta Kuantan dan Temerloh di Pahang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.