
Wan Siti Aishah Wan Hasan, dalam catatan menerusi akaun Facebooknya menggunakan nama Sha Hasan, berkata beliau sudah banyak kali cuba menghubungi Azwan Omar, yang lebih dikenali di media sosial sebagai “Abang Viva”, namun tidak berjaya.
“Ada tak sesiapa boleh bantu saya untuk hubungi Abang Viva? Saya ada WhatsApp beliau, tapi tiada respons.
“InsyaAllah, saya nak hadiahkan kereta baharu untuk beliau,” katanya.
Dalam ruangan komen, ramai yang memuji Aishah atas kemurahan hatinya, selain turut memberi maklumat mengenai keberadaan Azwan.
Dua hari lalu, FMT melaporkan kisah Azwan berbekal RM50 dan bot bergegas dari Melaka ke Shah Alam dengan kereta Vivanya bagi membantu mangsa banjir.
Beliau mengalas perut dengan roti dan air dan sumbangan daripada orang ramai yang diterimanya diberi kepada mangsa banjir dan NGO yang membantu.