SARA RM100 dikredit ke MyKad mulai 9 Feb

SARA RM100 dikredit ke MyKad mulai 9 Feb

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata semakan kelayakan boleh dibuat mulai hari ini.

SARA BANTUAN 100
Program SARA Untuk Semua yang menyediakan bantuan sekali beri RM100 melalui MyKad sah digunakan sehingga 31 Dis 2026.
KUALA LUMPUR:
Program SARA Untuk Semua yang menyediakan bantuan sekali beri RM100 melalui MyKad kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan mula disalurkan bermula Isnin depan.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata semakan kelayakan boleh dibuat mulai hari ini dengan melayari portal sara.gov.my.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM2.2 bilion disediakan bagi memanfaatkan semua warganegara tanpa perlu membuat sebarang permohonan dan bantuan itu akan dikreditkan secara automatik ke MyKad penerima.

“Tiada permohonan diperlukan dan ia akan dikreditkan secara automatik ke MyKad masing-masing serta sah digunakan sehingga 31 Dis 2026,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Amir menjawab soalan Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengenai jumlah peruntukan program SARA melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang 2025 dan nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui bantuan bersasar tanpa tunai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.