43 ditahan dalam kes curi di kawasan banjir Selangor

43 ditahan dalam kes curi di kawasan banjir Selangor

Bagaimanapun, polis tidak menerima laporan kecurian dalam kawasan banjir di negeri lain.

Polis berkata, suspek terdiri daripada 40 lelaki dan tiga wanita.
PETALING JAYA:
Polis menahan 43 suspek dengan 13 kertas siasatan dibuka berhubung kecurian dalam kawasan banjir di Selangor sejak 17 Dis hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan berkata suspek terdiri daripada 40 lelaki dan tiga wanita.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima laporan kecurian dalam kawasan banjir di negeri lain.

“Sepanjang tempoh tersebut, empat kes siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (mencuri motosikal).

“Sembilan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh pasar raya atau kedai dengan maksud mencuri barang-barang dalam pasar raya atau kedai tersebut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, semua kes masih dalam siasatan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda, di samping mematuhi semua arahan yang dikeluarkan kerajaan demi keselamatan serta ketenteraman awam.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.