Isteri Khalid Samad fail pembelaan permohonan poligami

Isteri Khalid Samad fail pembelaan permohonan poligami

Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 20 Disember untuk sebutan semula kes termasuk kemungkinan memutuskan permohonan poligami sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama.

Kes tuntutan poligami Khalid Abd Samad dan isterinya itu difailkan pada 25 Nov lalu.
PETALING JAYA:
Isteri kepada Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligaminya.

Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 20 Dis ini untuk sebutan semula kes termasuk kemungkinan memutuskan permohonan poligami sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan secara bersama.

Sinar Harian melaporkan, kebenaran itu diberikan Pendaftar Mahkamah Norbyetty Mohd Nasir susulan permohonan peguam Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Nurfarhana Abd Manaf yang mewakili Dr Zaitun Abu Bakar, pada Rabu.

Kes tuntutan poligami membabitkan Ahli Parlimen Shah Alam dan isterinya itu difailkan pada 25 Nov lalu, manakala tarikh perkahwinan kali kedua yang dirancang Khalid didakwa dijadualkan pada hujung tahun ini.

Sementara itu, di luar mahkamah, Khalid dan isterinya kelihatan tenang dan berjalan seiringan menuju ke tempat meletak kenderaan di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.