
MELAKA: Kerajaan negeri memutuskan Sabtu ini sebagai hari kelepasan am khas bagi membolehkan rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) itu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Kamel Mohamad berkata, penetapan itu dibuat berdasarkan peruntukan Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
“Ia adalah bagi membolehkan rakyat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi sempena PRN Melaka,’’ katanya dalam kenyataan.
PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.