Ahli Parlimen saran PGA Senoi Praaq jadi pasukan khas atasi pemerdagangan haiwan liar

Ahli Parlimen saran PGA Senoi Praaq jadi pasukan khas atasi pemerdagangan haiwan liar

Isu pemerdagangan haiwan liar di negara ini adalah kritikal dan buat masa ini tiada satu pasukan khusus dalam mengatasi isu terbabit, Dewan Rakyat diberitahu.

Azman berkata, Malaysia antara negara yang terlibat dalam pemerdagangan haiwan liar dalam jumlah yang besar selain turut melibatkan sindiket bersenjata yang ganas.
KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen pembangkang daripada PKR mencadangkan supaya kerajaan menjadikan Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq sebagai pasukan khas dalam mengatasi isu pemerdagangan haiwan liar.

Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) berkata, isu pemerdagangan haiwan liar di negara ini adalah kritikal dan buat masa ini tiada satu pasukan khusus yang mengatasi masalah berkenaan.

“Saya syorkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan kementerian terlibat supaya sekurang-kurangnya guna kepakaran mereka atau kenal pasti mereka sebagai pakar dalam mengatasi pemerdagangan haiwan liar.

“Ini kerana jelas tidak ada pasukan berbuat demikian,” katanya di Dewan Rakyat dalam soalan tambahan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Sebelum itu Azman berkata, Malaysia antara negara yang terlibat dalam pemerdagangan haiwan liar dalam jumlah yang besar selain turut melibatkan sindiket bersenjata yang ganas.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ismail Mohamed Said berkata, buat masa ini PGA Senoi Praaq memang telah diberi tugasan khusus bagi membantu menyelamatkan haiwan liar negara.

Katanya, haiwan liar memang dilihat menjadi khazanah negara dan terdapat operasi yang dijalankan dalam mengatasi aktiviti haram terbabit.

“Kita juga telah membuat semakan dan pemantauan menerusi operasi khas supaya khazanah negara dan hidupan liar dapat diselamatkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.