
KUALA TERENGGANU: PAS mengekalkan pelantikan Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung.
Presidennya Abdul Hadi Awang berkata pelantikan itu berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4), dan dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat.
Selain Takiyuddin PAS turut mengekalkan Iskandar Abdul Samad sebagai Bendahari dan Ketua Pengarah Pilihan Raya pula terus diamanahkan kepada Muhammad Sanusi Md Nor.
“Pelantikan jawatan-jawatan lain bagi sesi 2021-2023 akan disempurnakan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat seterusnya,” kata Hadi.
Pemilihan jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2021-2023 dibuat sempena Muktamar kali ke-67 yang diadakan di Kuala Terengganu.