Muda umum SUA baharu, Amir Hadi tumpu tugas dalam NGO

Muda umum SUA baharu, Amir Hadi tumpu tugas dalam NGO

Ainie Haziqah diumumkan sebagai setiausaha agung baharu Muda.

Amir Hadi, Ainie Haziqah
Ainie Haziqah diumumkan sebagai setiausaha agung baharu, mengambil alih tugas Amir Hadi.
PETALING JAYA:
Amir Hadi melepaskan jawatan setiausaha agung Muda dan berundur daripada kepimpinan tertinggi parti, atas alasan peribadi.

Tugas setiausaha agung diambil alih oleh Ainie Haziqah sehingga proses pemilihan dilaksanakan nanti.

Biro politik Muda mengumumkan pelantikan Ainie hari ini, yang dicapai jawatankuasa eksekutif pusat parti itu pada mesyuarat 25 Jun.

Dalam pada itu, Amir berkata beliau meletak jawatan untuk beri tumpuan pada tugas pengarah eksekutif Mandiri, iaitu NGO untuk belia.

Pengasas bersama Muda itu berkata beliau akan terus menyokong parti itu.

“Kita akan terus bekerja rapat khususnya untuk isu-isu yang kita sepakati bersama,” menurut kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.