
Harian Metro memetik Ketua Polis Daerah Dungun Baharudin Abdullah berkata, perkara itu terbongkar selepas mangsa berusia 14 tahun mengalami sakit perut lalu dikejarkan ke Hospital Dungun jam 1.15 pagi semalam, sebelum pemeriksaan mendapati dia hamil dan akan bersalin.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati bayi yang berada dalam kandungan mangsa lemas sebelum dia dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, untuk pemeriksaan lanjut.
“Mangsa dirujuk ke Wad Bersalin HSNZ dan selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal.
“Siasatan awal mendapati mangsa dirogol suspek sejak awal Januari tahun lalu hingga September lalu.
“Suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.