2 beranak dibunuh, suspek utama warga Nepal direman

2 beranak dibunuh, suspek utama warga Nepal direman

Semua suspek warga Nepal itu direman sehingga 31 Okt.

Anak dan ibu dibunuh
Ibu bersama anak angkatnya berusia 11 tahun ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah sewa, di Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam, Sabtu lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Tiga lelaki warga Nepal termasuk seorang suspek utama direman susulan pembunuhan kejam dua beranak di rumah sewa, di Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam, Sabtu lalu.

Tempoh reman terhadap suspek lingkungan 28 hingga 40 tahun bermula hari ini sehingga 31 Okt.

Menurut Kosmo, perintah itu dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dengan diiringi polis kira-kira 9.45 pagi tadi.

Difahamkan, tangkapan suspek utama mungkin akan merungkai motif pembunuhan dua beranak, Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11.

Sebelum ini, dua suspek termasuk suami mangsa berusia 57 direman tujuh hari bermula 19 Okt.

Pada 18 Okt, dilaporkan ibu bersama anak angkatnya ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka, sekitar 7.30 malam.

Kedua-dua mereka ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar pada anggota badan termasuk hampir putus kepala dan terputus tangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.