Jangan cemas lihat pesawat pejuang terbang rendah Khamis ini, kata Kementerian Pertahanan

Jangan cemas lihat pesawat pejuang terbang rendah Khamis ini, kata Kementerian Pertahanan

Pesawat itu terlibat latihan penerbangan membabitkan formasi penerbangan rendah sempena acara sambutan 50 Tahun Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi acara sambutan 50 Tahun Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Mesyuarat Menteri Pertahanan FPDA ke-11 pada 21 Okt di Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Orang ramai dinasihatkan tidak cemas dan bimbang dengan kelibat dan bunyi enjin pesawat pejuang yang terbang rendah di ruang udara Lembah Klang mulai Isnin hingga Khamis ini.

Kementerian Pertahanan (Kementah) dalam kenyataan semalam memaklumkan pesawat terbabit terlibat latihan penerbangan membabitkan formasi-formasi penerbangan rendah serta taktikal sempena acara sambutan 50 Tahun Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA), Khamis ini.

“Pada tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi acara sambutan 50 Tahun FPDA dan Mesyuarat Menteri Pertahanan FPDA ke-11 pada 21 Okt di Kuala Lumpur.

“Sambutan ini juga akan diraikan dengan satu acara terbang lintas melibatkan pesawat pejuang negara-negara anggota FPDA yang akan berlangsung pada 5.45 petang hari yang sama di Pangkalan Udara Subang,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.