Kes pukul budak autisme: Polis sambung reman pengurus pusat intervensi

Kes pukul budak autisme: Polis sambung reman pengurus pusat intervensi

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil semakan mendapati pas lawatan sosial suspek warga Singapura itu telah tamat tempoh.

Suspek wanita itu ditahan Sabtu lalu selepas polis menerima laporan bapa mangsa mengenai kejadian itu. 
PETALING JAYA:
Reman terhadap pengurus pusat intervensi yang ditahan bagi membantu siasatan kes pukul seorang kanak-kanak autisme, disambung dua minggu sehingga 21 Oktober ini di bawah Akta Imigresen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil semakan mendapati pas lawatan sosial suspek telah tamat tempoh.

“Oleh itu, tahanan reman suspek diteruskan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bermula hari ini sehingga 21 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan dipetik daripada Malaysia Gazette.

Suspek wanita warga Singapura berusia 51 tahun itu sebelum ini direman sehingga 5 Oktober, yang kemudian disambung tiga hari sehingga hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan penahanan wanita terbabit Sabtu lalu selepas polis menerima laporan bapa mangsa mengenai kejadian itu.

Bapa mangsa memuat naik gambar dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Facebook mendakwa anaknya dipukul di pusat intervensi itu.

Hantaran itu kemudian tular dan warganet meminta tindakan tegas diambil ke atas pemilik pusat intervensi berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.