Derma darah 7 hari selepas vaksinasi sekiranya tiada kesan sampingan, kata pusat darah

Derma darah 7 hari selepas vaksinasi sekiranya tiada kesan sampingan, kata pusat darah

Individu yang mengalami kesan sampingan ringan selepas menerima vaksin, dibolehkan menderma darah selepas tujuh hari sembuh daripada sebarang gejala.

Pusat Darah Negara (PDN) berkata, penangguhan aktiviti derma darah membabitkan penerima vaksin antaranya Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca.
KUALA LUMPUR:
Pusat Darah Negara (PDN) meminta orang ramai menangguhkan aktiviti menderma darah hingga tujuh hari selepas pengambilan vaksin Covid-19 jika tiada kesan sampingan.

Menurut PDN dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook semalam, individu yang menghadapi kesan sampingan ringan setelah menerima vaksin dibolehkan menderma darah selepas tujuh hari sembuh daripada sebarang gejala.

PDN memaklumkan penangguhan aktiviti derma darah membabitkan individu yang menerima suntikan vaksin antaranya Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca.

“PDN sangat menggalakkan penderma darah untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi melindungi diri dan orang lain. Penderma masih boleh menderma darah dalam tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin Covid-19,” menurut kenyataan itu.

PDN memaklumkan bahawa maklumat lanjut berkaitan tempoh penangguhan derma darah bagi pengambilan jenis vaksin Covid-19 lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.