Raja Muda Perlis nasihat rakyat waspada taktik sindiket penipuan

Raja Muda Perlis nasihat rakyat waspada taktik sindiket penipuan

Antara sindiket penipuan yang aktif adalah seperti penipuan pelaburan tidak wujud, penyamaran menerusi panggilan telefon dan penipuan pembelian secara dalam talian.

Menurut polis, jumlah kes penipuan melibatkan pembelian barang dan perkhidmatan secara dalam talian semakin meningkat terutama ketika tempoh pandemik Covid-19. (Gambar Bernama)
KANGAR:
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah diperdaya sehingga menjadi mangsa sindiket penipuan.

Syed Faizuddin berkata, antara sindiket penipuan yang aktif adalah seperti penipuan pelaburan tidak wujud, penyamaran menerusi panggilan telefon, penipuan pembelian secara dalam talian, penipuan tawaran kerja dan penipuan pinjaman.

“Mereka (sindiket penipuan) menggunakan nama-nama individu berpengaruh dalam masyarakat dan menyamar sebagai pegawai agensi penguat kuasa bagi menipu mangsa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Menerusi kenyataan sama, Ketua Polis Daerah Kangar Wari Kiew berkata, jumlah kes penipuan melibatkan pembelian barang dan perkhidmatan secara dalam talian semakin meningkat sejak kebelakangan ini, iaitu dalam tempoh pandemik Covid-19.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar lebih berhati-hati dan peka terhadap sindiket seumpama itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.