
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Kamarulzaman Jusoh berkata mangsa, lelaki warga tempatan berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pekan pada 10.20 malam tadi.
“Kemalangan dipercayai berlaku pada 4.15 petang semasa ambulans yang dalam perjalanan menghantar mangsa yang tamat tempoh kuarantin di Hospital Pekan pulang ke rumahnya di Felda Chini, terbabas semasa melalui jalan yang sedang dinaik taraf.
“Kemalangan juga menyebabkan pemandu ambulans dan jururawat yang berada dalam kenderaan itu cedera ringan,” katanya semasa dihubungi.
Kamarulzaman berkata mangsa yang merupakan pesakit lelah kronik menjalani kuarantin di Hospital Pekan setelah disahkan sebagai kontak rapat pesakit Covid-19.