
Menteri Kesihatan Adham Baba menerusi perkongsian infografik data di Twitter memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 9,570,974 individu menerima dos pertama, manakala 4,431,350 telah lengkap menerima dua dos.
Semalam sahaja, sebanyak 380,440 dos vaksin diberikan, membabitkan 253,830 individu menerima dos pertama dan 126,610 lagi lengkap dua dos.
Sejak seminggu lalu, jumlah dos vaksin Covid-19 yang diberikan di seluruh negara melebihi 400,000 setiap hari.
Dengan kes Covid-19 kini mencapai lima angka, Ketua Pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menekankan bahawa vaksinasi diperlukan bagi menurunkan jumlah kes yang boleh menjadi lebih serius, selain membantu mengurangkan kesesakan di hospital.
Terdahulu, Menteri penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, beliau menyasarkan 80% daripada populasi dewasa di negara ini akan menerima vaksin menjelang akhir tahun.