
Beliau berkata, pihaknya sudah mengedarkan surat kepada setiap ADUN untuk mengemukakan soalan bagi sesi soal jawab.
“Sekarang ini, kita masih dalam proses persediaan rang undang-undang yang akan diangkat ke persidangan DUN Kelantan,” katanya dipetik Bernama selepas menghadiri Program Bantuan Bakul Makanan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada penduduk Kampung Berdang di Jeli, Kelantan.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed.
Isnin lalu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai 26 Julai ini, manakala Dewan Negara pula selama tiga hari bermula 3 Ogos.