
Ketua Polis Daerah Klang Utara Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat.
“Polis menyeru supaya pemilik akaun atau mana-mana orang yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian supaya menghubungi polis Klang Utara untuk membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Polis Daerah Klang Utara.
Nurulhuda berkata, kejadian berkenaan dikesan pihaknya susulan hantaran semula rakaman video oleh pemilik akaun Twitter @fahmynazrul semalam yang memaparkan anggota polis tersebut disyaki meminta wang sogokan.
Terdahulu, tular rakaman video kamera papan pemuka berdurasi 1.02 saat bertarikh 1 Julai memaparkan dua anggota polis menahan seorang lelaki di tepi jalan sebelum didakwa meminta sejumlah wang.