
Beliau dalam kenyataan berkata 9.9% daripada populasi dewasa di negeri itu telah menerima dua dos vaksin sehingga semalam.
“Dengan tercapainya tiga nilai ambang ini, kita berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mempertimbangkan untuk negeri ini beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara dalam tempoh masa terdekat,” tambah Chow.
Semalam, kerajaan pusat mengumumkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis akan memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara esok.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, ia selepas ima negeri terbabit mencapai tiga indikator yang ditetapkan kerajaan pusat serta penilaian terperinci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mengambil kira pandangan semua pihak serta keluhan rakyat yang terkesan.
Chow berkata Pulau Pinang akan menerima 591,000 dos vaksin untuk bulan ini dan Ogos.
Sementara itu, memetik laporan Buletin Mutiara, Chow berkata objektif kerajaan negeri seterusnya adalah memberi vaksin kepada warga emas.
“Kami berharap proses vaksinasi warga emas dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum kita beralih kepada mereka yang berusia di bawah 60 tahun,” tambahnya.
Semalam negeri itu melaporkan 142 kes Covid-19. Kadar kebolehjangkitan dicatat pada 1.07
Sembilan belas mukim di negeri itu dikategorikan sebagai zon hijau, manakala 43 mukim di bawah zon kuning.
19 daerah lain diletakkan di bawah zon merah sementara lapan lagi berada di bawah zon jingga.