Kerajaan naik ambang e-invois kepada RM1 juta

Kerajaan naik ambang e-invois kepada RM1 juta

Sebelum ini hanya perniagaan dengan pendapatan tahunan bawah RM500,000 dikecualikan daripada e-invois berkuat kuasa 1 Jan.

anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diputuskan Jemaah Menteri semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan memutuskan untuk mengecualikan perniagaan dengan pendapatan tahunan bawah RM1 juta daripada e-invois, berkuat kuasa 1 Jan.

Ketika berucap di satu acara di Kota Kinabalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri semalam.

“Semalam, dalam mesyuarat Jemaah Menteri sudah putus pada peringkat awal iaitu ambang setakat ini jumlah RM500,000 itu dibatalkan dan dinaikan RM1 juta minimum.,” kata Anwar, yang juga menteri kewangan dalam ucapannya.

Pada Jun lalu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan Kementerian Kewangan memutuskan pelaksanaan e-invois syarikat memperoleh pendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta akan ditangguh ke 1 Jan 2026 daripada tarikh sebelumnya, 1 Julai 2025.

Pelaksanaan bagi syarikat dengan pendapatan tahunan sehingga RM1 juta, yang kini dibatalkan, sebelum ini dijadualkan ditangguhkan ke 1 Julai 2026.

Penasihat DAP dan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng, berkata prestasi buruk Pakatan Harapan (PH) pada PRN Sabah 29 Nov mungkin terkait penolakan pengundi Cina terhadap dasar tertentu seperti perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), pelaksanaan e-invois; serta kelewatan dalam bayaran balik cukai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.