
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Zainal Abidin Kasim, berkata, video berdurasi 2 minit 40 saat itu disebarkan menerusi media sosial.
Katanya, polis akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang dikesan melanggar SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan ketika Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Polis akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ke atas pihak yang dikesan melanggar SOP MKN,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi bahan yang boleh mengajak orang ramai melanggar SOP MKN, yang berpotensi mengakibatkan penularan wabak Covid-19.
“Polis juga menyeru orang ramai terus mematuhi SOP dan bersama memainkan peranan dalam usaha kerajaan melandaikan keluk penularan wabak covid-19,” ujarnya.