
Pergaduhan itu dikatakan tercetus membabitkan isu sensitiviti agama.
Fakhrudin berkata, polis sudah melengkapkan siasatan dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya minggu lalu.
“Kertas siasatan bagi kedua-dua kes itu sudah lengkap.
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menggunakan perkataan yang melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Sebelum ini, enam individu membabitkan seorang pelanggan dan lima penghantar makanan ditahan polis kerana terbabit dalam pergaduhan.
Polis menerima laporan daripada seorang penghantar makanan berhubung tindakan seorang pelanggan yang didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.
Mereka kemudian direman untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 30 saat yang memaparkan pergaduhan antara seorang pelanggan lelaki didakwa menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama dan kumpulan penghantar makanan tular di media sosial.