Polis tahan warganet disyaki hina Raja-Raja Melayu di Twitter

Polis tahan warganet disyaki hina Raja-Raja Melayu di Twitter

Catatan berkenaan dimuat naik pada 31 Mei lalu.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan pada 1 tengah hari tadi selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pagi ini bersama peguamnya untuk diambil keterangan. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang warganet kerana disyaki individu di sebalik satu catatan yang menghina Raja-raja Melayu di Twitter.

Warganet itu memuat naik komen itu pada 11 pagi 31 Mei yang, antara lain, mempertikaikan fungsi Raja-raja Melayu.

Ketika laporan ini ditulis, catatan berkenaan masih belum dipadam.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan pada 1 tengah hari tadi selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pagi ini bersama peguamnya untuk diambil keterangan.

Telefon suspek turut dirampas untuk tujuan siasatan.

“Polis akan mohon perintah reman terhadap anak guam saya esok pagi,” kata peguamnya Rajsurian Pillai.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung salah guna rangkaian telekomunikasi dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.