Nak ‘nombor telefon khas’ 010 9899999, lelaki rugi RM550

Nak ‘nombor telefon khas’ 010 9899999, lelaki rugi RM550

Mangsa tertipu selepas tertarik membeli nombor telefon khas 010 9899999 yang diiklan di Facebook.

Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada dalam transaksi jual beli secara dalam talian dan tidak mudah percaya tawaran jualan barangan murah.
KUALA LUMPUR:
Gara-gara ingin memiliki nombor telefon unik yang kononnya diikeluarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi, seorang lelaki kerugian RM550 selepas ditipu sindiket penjualan nombor telefon tidak wujud.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 30-an baru-baru ini yang membeli nombor telefon khas 010 9899999 selepas melihat iklan itu di Facebook.

Beliau berkata, mangsa menghubungi pihak penjual dan membuat pembayaran namun tidak menerima nombor yang dibeli serta penjual tersebut menghilangkan diri.

“Dalam usaha mencegah daripada penipuan seperti ini berleluasa, kita menggesa orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam transaksi jual beli secara dalam talian serta tidak mudah percaya dengan tawaran jualan barangan yang murah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menyemak ketulenan transaksi, pengesahan akaun menerusi laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule dan memastikan urusan jual beli dijalankan melalui perjanjian serta kaedah yang diperakui supaya tidak mudah menjadi mangsa.

Katanya, sebanyak 3,514 kes dicatatkan pada 2019 membabitkan penipuan e-dagang dan jumlah kes tersebut meningkat kepada 5,847 pada tahun lepas, manakala bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,132 kes direkodkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.