44 ditahan langgar SOP, tiada penjarakan fizikal tertinggi

44 ditahan langgar SOP, tiada penjarakan fizikal tertinggi

Kesalahan lain termasuk gagal menyediakan peralatan merekod pelanggan, rentas negeri/daerah tanpa kebenaran dan tidak memakai pelitup muka.

Seramai 39 orang dikompaun semalam kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, 44 individu ditahan melanggar SOP perintah kawalan pergerakan semalam, dengan semuanya dikompaun.

Antara kesalahan itu ialah tiada penjarakan fizikal (39), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (3), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (1) dan tidak memakai pelitup muka (1).

Beliau berkata, tujuh pendatang asing tanpa izin turut ditahan semalam dan sebuah kenderaan darat serta sebuah bot/kapal dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Dalam perkembangan lain, katanya, seramai 1,357 warga asing menjalani ujian saringan semalam, dengan dua daripada dikesan positif Covid-19.

Keseluruhannya, beliau berkata, seramai 659,757 pekerja asing sudah disaring, dengan 10,064 daripadanya disahkan positif dan 649,693 lagi negatif.

Ismail berkata, seramai 157,681 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai 2020 hingga semalam menjalani kuarantin wajib di 81 hotel dan lapan institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,124 individu dikuarantin dan 149,382 orang dibenarkan pulang, manakala 1,175 lagi dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.